Nukilan Hati dimalam Hari..
Malam ni…hati aku kembali merunsing…runsing memikirkan nasib diri…gelisah memikirkan kehidupan…
Kini aku bukan kanak2 lagi..mahupun bukan diawal remaja..aku punyai kebebasan mutlak..aku punyai tanggungjawab yang besar terhadap Tuhan pencipta alam, keluargaku..juga untuk diri sendiri…semakin aku berlari…semakin bayang2 mengejarku..sehinga suatu saat..aku seperti tidak dapat bernafas lagi…langkah kaki ku terhenti…berat sangat kah beban yang kupikul?...perjalanan ku masih jauh…namun destinasi ku tidak ku ketahui…kemana arah harus kutuju…mungkin kebarat atau ketimur?
Ya..aku telah dewasa..semua keputusan terletak mutlak ditangan ku…tiada lagi abah..tiada lagi mak untuk membuat keputusan bagi pihak ku tatkala aku kebuntuan…cukup matang kah aku untuk membuat keputusan?...cukup bijaksanakah aku untuk mengharungi arus dunia keseorangan?
Cinta..
Telah kutemui dalam hidupku…namun persoalan demi persoalan tetap bermain difikiran…tatkala dugaan mendatang…lautan yang tenang lagi mendamaikan tetap menjadi musibah pabila taufan bertandang…namun kutahan jua walau aku dikatakan seorang perempuan…kaum hawa yang lemah…aku cuba berdiri teguh walau sesekali aku goyah dan hampir terjatuh…pernah aku berkata…andai keyakinan didalam cinta itu tiada…aku tetap disini meniupkan semangat keyakinan yang utuh…bangun membina semula walau roboh ditelan pasir…percayalah kepadaku..kerana cinta aku SATU..detik hatiku pula…bagaimana andai keyakinan cinta ku pudar suatu hari nanti?...adakah insan yang sudi memulangkan keyakinan ku itu kembali.. teguh dan rela mempertahankan cinta yang tersemai?...andai kata tiada…akan hilangkah cinta ku ini selamanya dari diri? persoalan itu kubiarkan bermain sepi…mengapa tiada kepastian kepada persoalan itu? Sesepi persoalan ini…sepi lagi hatiku pabila ianya terlintas dibenak fikiran….
Nukilan,
xuer

0 Comments:
Post a Comment
<< Home