D space for me to wipe off my tears ... D space for me to throw all d rubbish... D space for me to scream out loud... D space for me to share my life's tale...:p

Tuesday, September 05, 2006

Baik punye cilok!

Baik punye cilok!

Khamis lepas aku pulang ke kampong halaman…lama dah x balik…sempena cuti 31 ogos aku lanjutkan cuti sehingga hari ahad..kesempatan yang ada aku ambil untuk ‘recce’ mak andam sempena majlis bahagia ku yg bakal menjelang tidak lama lagi…

Hari sabtu 2/9/2006…lepas lawat tok kat hospital aku ajak mak gi bangunan MARA untuk cari butik pengantin yang menawarkan pakej mekap..ekceli aku pon langsung tak tau kedai mana yg best…menurut kawan aku ada 2 kedai yg famous kat tanah kelahiran ku itu…butik cindai atau lan d’image..nak dijadikan cerita..aku pon naik le ke tingkat 1..betul2 depan tangga aku nampak sebuah kedai gantung baju2 pengantin…so I guess ni mesti butik pengantin jugak..so aku ngan mak aku pon mula la buat tinjauan…

Tetiba datang le sorang ‘pompuan’ yg aku ragui jantinanya…berseluar jeans dan t-shirt ketat lengan panjang..cun jugak..tapi berkumis..:p

“mai la masuk…tengok tengok dulu…” sapa nya ramah…mulanya aku meragui.. takut mak x suka…maklumla…dia bukan perempuan sejati..kalau bersentuhan pasti hukumnya jatuh ‘haram’…tapi mak kata ok…mungkin mak dah dikaburi dengan ke’cun’an pompuan palsu td yg sejibik macam pompuan…aku dan mak pon masuk…kami dipelawa untuk duduk bertimpuh atas sekeping tikar (konsep ala ala kampong camtu)…tanpa disuruh aku memulakan bicara menyatakan hajat…

“saya ni nak cari juru mekap untuk majlis kawen saya nanti..”

Dia lantas mengeluarkan album2 gambar muka2 pengantin yang pernah disoleknya..aku pon mula membelek satu persatu…malangnya semua gambar muka2 dalam album tu satu pon aku tak berkenan…semua macam tepung gomak je…bisik hati…menyedari hakikat itu…aku lantas bersuara…

“tapi kalau boleh saya nak mekap macam siti masa dia akad nikah hari tu..”

“haa…kalau nak tau tu nurol shukor la yg mekapkan…saya belajaq dari dia la…hari tu masa kat klcc tu pon saya pi..kami memang mekap tak pakai blusher tapi pakai teknik shading blab la bla…” katanya.

“u pegi majlis resepsi siti kat convention centre tu?” Tanya ku kagum…sebab aku tau bukan calang2 orang dijemput kesana.

“a ah…kami (bahasa dirinya) dulu pon pernah mekap siti…la ni pon dok mekap artis artis kat kl nun…selalu jugak turun kl…ni besok nak pi terengganu plak mekap pengantin…ni tadi baru lepas balik mekap pengantin satgi nak pi mkn kenduri pulak..”
Katanya ala ala laku gitu sambil membuka album yg terkandung gambar dia dan siti nurhaliza selepas bersolek…aku pon tak sure tu gambar dia atau tak sbb dalam gambar tu dia pakai mekap…tapi masa aku jumpa tu dia tak bermekap langsung.

Saat itu aku mula rasa TERUJA!...oh lupa…sebelum tu dia ada cakap,

“pernah dengar nama su cantik?” Tanya pada ku..

Aku rasa nama tu macam familiar..sbb sejak akhir2 ni aku rajin membeli majalah pengantin, dan nama tu selalu ku terbaca.

“haa..kami la su cantik tu ..” katanya dengan nada selamba tapi bangga. Dia bangun mengambil sebuah majalah. Majalah Pengantin keluaran September 2006. Sambil menyelak helaian majalah sperti mencari sesuatu.

“haa yang ni..model ni kami la yg solek..tengok ni..” sambil jari telunjuknya menunding pada perkataan Solekan: Su Cantik.

“laa..ye ke..mesti mahal ni..” kata aku dengan nada2 ceria bercampur respek. Model yang kononnya dimekapkan tu adalah Aleeza Kassim yang sedang memperagakan pakaian pengantin.

“tak aih…la ni kami tgh buat promosi..ekceli kedai ni baru lagi…so sekali mekap rm120 ja kami amik..kalau nak sewa baju pon sepasang laki pompuan rm150 ja..” terangnya bersungguh.

Aku mula berbunga bunga…ye la kan sapa yang tak nak kelihatan seperti siti nurhaliza dimajlis yang berbahagia nanti…cantik dan nampak natural..nak pulak dimekapkan oleh juru mekap terkenal…keyakinan ku terhadap juru mekap ni semakin terbina bila aku terbayangkan wajahku disolek seperti siti nanti..:p

“u org sini ka?” Tanya aku separuh kagum sbb ada jugak anak kelahiran tanah air ku yang berjaya menjadik mekap artis dan mencipta nama di Bandar besar seperti Kuala Lumpur.

“ya..kami memang orang perils…7 tahun merantau cari nama kat Kuala Lumpur…bila orang dah kenai nama kami senang sikit nak bukak bisnes sendiri..tu pasai kami bukak kedai kat perlis ni..” terang dia bersungguh lagi.

Sebagai anak kelahiran negeri yang sama aku pon turut berasa bangga..dalam hati aku mula terdetik..bertuahnya aku…tak payah risau lagi nak cari juru mekap professional kat sini dan aku tak perlu risau lagi nak fikir kalau2 nanti muka aku dimekap macam opera cina…kepercayaan aku terhadap ‘pompuan’ ni semakin terbina..ya..nak nak lagi bila aku terkenang kan nama Nurol Shukor!

Tanpa membuang masa..aku terus bersetuju untuk mengambil Su Cantik ni sebagai juru mekap aku..wang RM50 dihulur sebagai deposit…aku pon balik le dgn mak aku..fuhh lega satu perkara dah setel…


Hari ahad…3/9/06…aku pon balik kl…sementara menunggu siaran tertunggak persandingan siti di kuala lipis pukul 11 malam..aku duduk berborak bersama teman serumah yang sedang asyik membaca surat khabar…maklum la surat khabar free sbb seorang lagi teman serumah merupakan wartawan Utusan.

“aku dah tempah mekap artis dah..”

“ye ke..”

“ko tau aku booking anak murid nurul shukor…”

“wah..sape?”

“ko pnah dengar nama su cantik tak?”

“ehh…aku baru je baca dlm paper…sorang minah tu dia dimekap macam kucing tompok oleh sorang juru mekap yg menggelar dirinya sebagai su cantik dari perils..!”

Masa tu tersentap aku dengar..kalau lah betul aku turut ditipu dan menjadi mangsa penyamaran tidak bertanggungjwab tu…sedihnya aku rasa..

Tanpa membuang masa aku terus membaca artikel yang dikatakan teman serumahku….Ya Allah cerita minah tu sejibik macam mana yg aku alami…Cuma nasib aku baik sebab belum dimekapkan…tapi apa yang pasti rm50 aku kompom hangus camtu je…tak hingin aku nak guna khidmat juru mekap yang x professional…lebih baik tak mekap atau aku mekap sendiri dari dimekap macam lutong atau tepung gomak!

Menurut artikel yang ditulis oleh Nizam diruangan kring…kring dalam pancaindera mingguan Malaysia Ahad 3/9/2006….su cantik yang sebenar tidak pernah membuka butik atau apa apa perniagaan di perils…bukan orang perlis tetapi orang kuala lipis…dan selain su cantik nama lain beliau adalah su hamid! Arghhhhhhhhhhhhhh…tensi!!!!!!

Besoknya teman serumah yang merupakan wartawan di utusan cuba mendapatkan rakan sejawatnya yang menulis artikel tersebut…bisnes kad yang aku dapat dari su cantik palsu aku bagi kat rakan ku untuk tujuan mengenal pasti…sbb menurut Nizam (wartawan hiburan utusan) beliau amat mengenali su cantik yang sebenar…memang sah! Aku juga antara yang lain lain tertipu dan terpedaya dgn su cantik palsu dari kuala perlis ni!..menurut rakan ku…semenjak artikel pasal su cantik palsu disiarkan wartawan Nizam telah mendapat banyak panggilan yang menyatakan mereka juga turut terpedaya dengan pemalsuan su cantik dari SUE CHANTIQUE BRIDAL…di kangar perlis!

Sedihnya aku bukan kepalang…diperbodohkan tanpa ku sangka….tapi dalam kes kes macam ni..selalunya kita akan hanya ditertawakan…aku rasa macam x de tempat untuk berkongsi cerita…cerita pada kawan2 pon hanya akan menjadik bahan untuk ditertawakan…mungkin bila diorang berada di tempat aku diorang akan faham…sekarang aku tak tau nak buat ape…kalau diberikan sedikit kekuatan dan sokongan nak jugak aku drag minah palsu tu ke muka pengadilan…biar dia tanggung segala kepercayaan yang musnah dan malu yang aku sedang hadapi!

Kepada su cantik palsu…
Aku x kisah kalau dia x mengaku yg dia su cantik - mekap artis – pernah menjadi jurumekap siti- anak murid nurol shukor – dan sebagainya…walaopon dia jurumekap biasa sekali pon…insyaAllah aku takkan kisah…tapi sekarang dia dah tipu dan perbodohkan aku dengan cerita cerita dan status palsu…

Semoga Allah membalas segala perbuatannya..Amin.RM50 itu sekiranya digunakan aku tidak akan menghalalkannya walau satu sen pun!

2 Comments:

Blogger One said...

'Su Cantek?!' really... I was like 'WHO?' d first time dat name popup from ur mouth dear... but then I was informed dis shemale is a student of someone by d name of 'Nurul Shukor'... again... Sounds like a popular 'she' but who knows, right?

Nowadays... fraud business is common... u read it everyday in our local news column. But it's still a shocking 2 know dat u also a victim 2 such act, dear... Really feel sori 4 u :(

I wish sumting could b done 2 'even d score'. I was thinking abt informing 'Edisi Siasat' crew 2 check dis transvestite out or even call out Karam Singh Walia 2 point out sumting in front of 'SUE CHANTIQUE BRIDAL'... dat would b d day dis shemale learn his/her lesson! Nuff said... :~

12:13 PM

 
Blogger Moiselle said...

Aku tergelak sbb aku tgh serius time tuh...kepenatan. Tetibe dgn excitednye ko bukak citer, & citer tu kebetulan cam same jek dgn artikel aku baca tuh. Cam kelakar sgt muke ko time tuh. Cian kawan aku sorang ni! takpe.. itu 'perempuan' sungguh keji. Adalah bahagian dia tuh nnt. Tak kemananye business kalau dok menipu org! at least ko tau awal2..bukan lepas dia make-up ko hr langsung tuh. k!

8:37 AM

 

Post a Comment

<< Home